Penjagaan Barangan Emas Di rumah



Cara membersihkan barang kemas anda daripada kotoran:
Disini saya tunjukkan secara ringkas dan senang untuk mencuci barang kemas anda daripada habuk dan kotoran yang melekat pada barang-barang kemas anda,biasanya barang kemas terutama rantai tangan,rantai leher,cincin dan lain yang dibuat daripada emas 24k,22k atau 18k akan mudah kotor jika sentiasa dipakai.

1)Titikan beberapa titik cecair pencuci pinggan seperti glo(ia dapat mencuci habuk yang melekat pada barangan anda)kedalam bekas berisi air suam.kacau hingga sebati.

2)Rendamkan barang emas tersebut selama 15 minit.

3)Ambil berus gigi yang sudah digunakan dan berus barang emas anda terutama di bahagian celah-celah yang sukar.Jangan gunakan berus yang kasar dikuatiri akan mencalarkan barang emas anda terutama emas 24k kerana ia agak lembut dan mudah tercalar.

4)Kemudian siram menggunakan air suam.

5)Akhir sekali lapkan dengan kain yang lembut,elakkan dari menggunakan barangan dibuat dari kertas terutamanya emas 24k,kerana ia bolih mencalarkan emas anda.
Dengan ini segala habuk dan daki akan hilang.Harus diingat bahawa jangan cuci terlalu kerap tetapi buatlah sekali sekala sahaja.

6)Biarkan barangan kemas anda kering sepenuhnya(sebaik-baiknya selama 24 jam) sebelum disimpan di dalam kotak atau bekas .

7)Barangan kemas yang mengandungi Mutiara tidak boleh di cuci dengan menggunakan apa-apa bahan kimia atau ejen pencuci kerana dikuatiri akan merosakkan permukaan mutiara tersebut.

Cara yang di sebutkan diatas tidak dapat menghilangkan kesan calar atau mengembalikan kilauan emas seperti baru.Jika anda inginkan barang emas anda kelihatan seperti baru,datang kekedai emas kami kerana tukang kami mempunyai kepakaran untuk membaikpulih barang emas anda.

CARA UNTUK MENGEKALKAN KILAUAN BARANGAN EMAS:

1)Elakkan emas anda daripada terkena sabun(semasa membasuh pinggan mangkuk)dan klorin(terutamanya di kolam renang)kerana ia lama kelamaan akan memudarkan emas anda.

2)Jangan disimpan atau diletakkan bersama atau berdekatan dengan alat mekap seperti minyak wangi,gincu dan lain-lain.Kerana tindakbalas kimia(alat mekap) akan berlaku dengan barang emas,akan menyebabkan berlakunya tompokan kehitaman dan lain-lain.

Pergerakan harga emas terkini